Sembilan pelancong Malaysia cedera selepas bas mini yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Danau Toba, Khamis lalu.
Memetik laporan Jakarta Post semalam, kemalangan itu dilaporkan berlaku berhampiran kampung pelancongan Tongging di wilayah Karo, Sumatera Utara.
Ketua Polis Karo, Benny Hutajulu, berkata kemalangan tidak membabitkan kematian dan tiada penumpang mengalami kecederaan serius.
“Kesemua mereka sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.
Menurut Benny lagi, kesemua sembilan penumpang bas mini terbabit hendak ke Danau Toba sebelum kenderaan itu terbalik ketika dalam perjalanan ke sana.
“Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.